Duit!!!.Gaji bulanan setakat 2000-3000 sebulan memang tak cukup.Tambah-tambah yang dah ada bini dengan anak.Tolak bayar bil lektrik, air, kereta cipuk jer tinggal. Hujung bulan kena ikat perut.Terpaksalah menghitung hari nak tunggu gaji masuk.
Orang cakap kalo dah kerja gobemen ni, hidup senang & mewah xperlu risau pasal duit.HELLO i'm working with gov now. But gaji still tak cukup-cukup.Ni belom kawen lagi ni.
Ini tak boleh jadi ni.Aku kena ubah sikap aku yang boros berbelanja,Tapi rasanya susah sikit.Nak behenti rokok pum adeh seksalah.Tunggu kawen kot baru benti."TINGGG" tiba-tiba lampu atas kepala aku menyala, idea datanglah.Aku nak start bisnes!! heheheheheheheh<gelak ali baba lepas dapat rembak harta penyamun..
Tapi nak buat bisnes ni bukan mudah.Banyak benda kena buat.Risiko,mesti ada.Aku pulak takde pengalaman banyak pasal bisnes.sooo google help me..
tips memulakan perniagaan
1.modal
Ok buat pinjaman bank.tolak gaji bulan-bulan.tak payahlah nak buat kertas kerja untuk meyakinkan pihak bank.sebab gaji dah ada bulan-bulan.
2.lokasi
mesti cari lokasi yang strategik dan sesuai.
3.minat, pengetahuan pengalaman
Minat dah ada.pengetahuan kena tanya orang yang pernah mencebur diri dalam perniagaan yang nak kita buat.Pengalaman? aiseymen ni baru nak start. inilah permulaan pengalaman untuk hidup yang lebih cerah.sambil tengok ke langit,rambut ditiup angin sepoi2. wajah aku disinari cahaya yang dtg melalui celah2 tingkap mengambarkan kejayaan yang bakal aku kecapi nanti.cehhhh..
4.jenis dan saiz perniagaan
kalau nak bukak pasaraya sebesar tesco memang aku tak mampulah.Ok jenis perniagaan mungkin dah terpikir nanti tulis dalam post lain.Saiz ikut kemampuan aku..
5.persaingan
Nanti aku kena kaji persaing bisness aku.Aku kena tahu tentang bilangan, saiz, sambutan pelanggan, kekuatan dan kelemahan persaing aku.persaingan mestilah persaingan yang sihat. Nanti tak pasal-pasal kena santau.
6.undang-undang
Jumpa majlis bandaran.Nanti tanya pasal nak buat lesen perniagaan.
7.sumber dan bekalan
Perlu tahu tempat mana yang boleh bekalkan bekalan yang murah dan yang paling penting berkualiti..
8.rakan kongsi
Langit tak semestinya cerah.Kadang-kadang ada masa mendung sampai keluarpetir dan boleh sambarr manusia.Aku pernah tengok dalam youtube manusia kena sambar dengan petir sampai mati.Macam tulah bisnes adakala jugak boleh jatuh.So dengan rakan kongsi bolehlah sama-sama tolong membangunkan balik bisness kalau andaikata ada masalah..ini untuk elak dari gulung tikar..
dahlah tu..itu sahaja.aku harap adalah sape-sape yang boleh tolong aku bagi idea tentang bisness apa yang berpotensi.Janji bukan Marketing level.aku tak suka bisness tu.aku tak nampak.yang nampaknya ramai member-member aku tersungkur sebab join bende tu....
No comments:
Post a Comment