Monday, 18 February 2013

alamak perut buncit!!!

Belom kawen lagi perut dah buncit.Lepas makan bukan main kembung lagi.Rasa nk cucuk dengan jarum bagi meletup!!

Ni cara nak dapatkan bentuk perut macam bruce lee. (six pack)












kalau malas sangat.Ni ada lagi yang mudah.Gambar kat bawah ni.Tapi kena keluarkan modallh.xmahal pum RM2.20 je....





















Sunday, 17 February 2013

cara nak dapat kan mc kat klinik government



Doktorlah orang yang aku paling benci masa aku student dulu.sebabnya MC xdpat.Masa tu aku nk sangat-sangat MC sebab nak carry forward paper exam aku ke sem depan.so aku kena dapatkan MC untuk tunjuk sebab aku tak dapat ambil exam tu.Tapi haram jadah tak dapat MC.Aku fail satu paper!!sebab xdatang ambil exam.




Aku ingat lagi rupa doktor tu.bajet je lebih.Masa tu segala jenis binatang kat dunia ni keluar dari mulut aku mengambarkan ciri-ciri doktor tu.Tapi sekarang aku baru sedar taktik aku masa tu tak menjadi.penghayatan watak "sakit" kurang menjadi, ekspresi muka kureng, pitching lari, dan nilai-nilai etika sebagai seorang yang betul-betul sakit aku tidak pratikkan.

MC kalau kat klinik swasta memang senang,  kalau MC kat klinik kerajaan BAPAK susah. Beberapa strategi dan perancangan yang rapi perlu diatur untuk  membolehkan seorang yang bergelar doktor  "ditipu".HOHOHOHOO!!

1.demam

Mimik muka kena lemah,lesu dan xbermaya. Kalau boleh yang ada awek/pakwe yang disanjung dan dicintai tu clash dulu gaduh-gaduh biar tension,biar muka jadi tak terurus.

Sebelum jumpa doktor jangan makan apa-apa.kalau boleh seminggu xpayah makan. Minum air jer.baru nampak nazak sikit.

Yang paling penting suhu.Masa menunggu, sebelum tiba giliran dipanggil masuk ke bilik doktor, pastikan minum dulu air panas (kopi panas ke, teh panas ke.Bawak bekal air dalam termos). Tapi ingat!! pastikan klinik tu guna termometer yang sumbat kat mulut.Termometer guna kat dahi dan sumbat kat telinga tu tak menjadi dengan taktik ni.

Lagi satu kalau doktor tanya demam dah berapa hari, cakap baru start hari ni jer. kalau kita bagi tahu demam dah lebih dari 3 hari confirm kena cucuk ambil darah.Kalau konpem dapat MC takpe jugak..Takut nanti sakit dapat MC xdapat. 

1.sakit perut

Kalau alasan sakit perut, mimik muka penting. Buat muka macam nak berak tapi taik tak nak keluar.Tapi jangan melampau-lampau.Sambil tu pegang-pegang kat perut nak tunjukkan betapa sakit dan deritanya  kita alami.

Elakkan bagitahu yang kita sakit perut sebab cirit birit.Nanti doktor boleh tau, diorang boleh check guna steteskop takpum diorang ambil sampel taik kita diorang test kat lab. Diorang cium kot.

Satu lagi, masa tekan perut nak tunjuk  sakit tu tekan kat tengah-tengah, jangan tekan kat belah kiri atau kanan. Nanti tak pasal-pasal kita kena naik ambulans kena rujuk kat pakar.Mungkin doktor pikir kite ada apendicitis ataupun renal colic.Tak ke bazir minyak ambulans tu.Kalau buatnya doktor kat hospital pakar silap check xpasal-pasal kita kena bedah!

kalau nak selamat bagitahu je kita ada gastrik.Lepas tu tunjuklah sikit  pengetahuan kita pasal gastrik tu.Baru doktor yakin.Cakap kita pernah ambil ubat  yang macam susu  (ubat gastrik) dan juga kita bagitahu yang ubat tu ok. sakit baik lepas minum.

3.sakit mata

senior aku cakap kalau nak buat sakit mata, ambil tembakau rokok campur dengan air. Lepas tu air tu sapu kat mata sampai merah.

Bila sakit mata, kalau bernasib baik mungkin kita akan dapat MC seminggu.Dan kalau tak bernasib baik mungkin disebabkan air tembakau tu mata kita dapat jangkitan.Seterusnya BUTA dan dapat MC untuk selama-lamanya..

4.senggugut

Lelaki jangan guna alasan ni.nanti kantoilah bodoh..Bahaya!!!


itu saja da... nak lagi? tekan ni >> sini












Thursday, 14 February 2013

tips memulakan perniagaan

Duit!!!.Gaji bulanan setakat 2000-3000 sebulan memang tak cukup.Tambah-tambah yang dah ada bini dengan anak.Tolak bayar bil lektrik, air, kereta cipuk jer tinggal. Hujung bulan kena ikat perut.Terpaksalah menghitung hari nak tunggu gaji masuk.

Orang cakap kalo dah kerja gobemen ni, hidup senang & mewah xperlu risau pasal duit.HELLO i'm working with gov now. But gaji still tak cukup-cukup.Ni belom kawen lagi ni.

Ini tak boleh jadi ni.Aku kena ubah sikap aku yang boros berbelanja,Tapi rasanya susah sikit.Nak behenti rokok pum adeh seksalah.Tunggu kawen kot baru benti."TINGGG" tiba-tiba lampu atas kepala aku menyala, idea datanglah.Aku nak start bisnes!! heheheheheheheh<gelak ali baba lepas dapat rembak harta penyamun..

Tapi nak buat bisnes ni bukan mudah.Banyak benda kena buat.Risiko,mesti ada.Aku pulak takde pengalaman banyak pasal bisnes.sooo google help me..

tips memulakan perniagaan

1.modal

Ok buat pinjaman bank.tolak gaji bulan-bulan.tak payahlah nak buat kertas kerja untuk meyakinkan pihak bank.sebab gaji dah ada bulan-bulan.

2.lokasi

mesti cari lokasi yang strategik dan sesuai.

3.minat, pengetahuan pengalaman

Minat dah ada.pengetahuan kena tanya orang yang pernah mencebur diri dalam perniagaan yang nak kita buat.Pengalaman? aiseymen ni baru nak start. inilah permulaan pengalaman untuk hidup yang lebih cerah.sambil tengok ke langit,rambut ditiup angin sepoi2. wajah aku disinari cahaya yang dtg melalui celah2 tingkap mengambarkan kejayaan yang bakal aku kecapi nanti.cehhhh..

4.jenis dan saiz perniagaan

kalau nak bukak pasaraya sebesar tesco memang aku tak mampulah.Ok jenis perniagaan mungkin dah terpikir nanti tulis dalam post lain.Saiz ikut kemampuan aku..

5.persaingan

Nanti aku kena kaji persaing bisness aku.Aku kena tahu tentang bilangan, saiz, sambutan pelanggan, kekuatan dan kelemahan persaing aku.persaingan mestilah persaingan yang sihat. Nanti tak pasal-pasal kena santau.

6.undang-undang

Jumpa majlis bandaran.Nanti tanya pasal nak buat lesen perniagaan.

7.sumber dan bekalan


Perlu tahu tempat mana yang boleh bekalkan bekalan yang murah dan yang paling penting berkualiti..

8.rakan kongsi

Langit tak semestinya  cerah.Kadang-kadang ada masa mendung sampai keluarpetir dan boleh sambarr manusia.Aku pernah tengok dalam youtube manusia kena sambar dengan petir sampai mati.Macam tulah bisnes adakala jugak boleh jatuh.So dengan rakan kongsi bolehlah sama-sama tolong membangunkan balik bisness kalau andaikata ada masalah..ini untuk elak dari gulung tikar..


dahlah tu..itu sahaja.aku harap adalah sape-sape yang boleh tolong aku bagi idea tentang bisness apa yang berpotensi.Janji bukan Marketing level.aku tak suka bisness tu.aku tak nampak.yang nampaknya ramai member-member aku tersungkur sebab join bende tu.... 

tips honeymoon pulak dah..

honeymoon

Honeymoon.. aku pom tak faham kenapa suami isteri pergi jalan -jalan makan angin dipanggil honeymoon. Apa kaitan  bulan dengan madu itu dengan suami isteri.Mungkin tak mungkinlh..


Apa apa pun yang pentingnya bulan madu tu perlu ke? kalau tak berbulan madu bini takleh branak eh? mmm best jugak honeymoon ni.Tapi aku tak terpikir pulak nak berbulanmadu.sebab aku tak kahwin lagi.Tulis benda ni pun sebab terdengar rakan kerja ni nak cuti panjang nak berbulan madu katenye..

Andaikatalah semua rakyat malaysia ni kaya raya giler dah tentu semua pasangan pengantin di mlaysia ni pilih lokasi luar negara tempat honeymoon.yelah oversea kan sejuk.baru seronok sejuk-sejuk.

Tapi bagi aku bukan tempat menarik saja penting dalam menjayakan bulan madu ni..Bulan madu yang berjaya maksud nye bulanmadu yang berkualiti lah lebih kurang.

so nak bulan madu yg berkualiti mesti:


1.privasi

kalo bawak sekali  sanak saudara dgn orng kampung sekali dah xpanggil bulan madulah pulak.

2.rancang tempat menarik

pilih lokasi yang santai dan tenang..honeymoon ni boleh dikatakan tempat untuk rehat selepas penat masa duk bersanding bersilat segala bagai masa kenduri.

3.bawa kelengkapan yang mencukupi

kelengkap yang penting-pentinglh berus gigi sabun duit/credit card semualah yang perlu

4.bawa ubat-ubatan "medic kit"

manalah tau bini tiba-tiba terpeleoq sebab pakai kasut tumit tggi.Nanti husband pandai-pandailah urut kaki bini tu dengan minyak angin..kan nampak romantik tu..ha nampak?? 

5.last skali jangan lupa bawak sijil kahwin.nanti xpasal-pasal kena cekup kat jabatan agama.

macam best jer bulan madu.. nak kawin!!!!!!!!!



Wednesday, 13 February 2013

tips penjimatan petrol


Dah 3 hari berturut-turut hujan jer tempat aku ni.waaaa best jer tidur.Hari ni keje lagi daaa..nk buat macam mana kalau tak keje sapa nk bagi makan kat aku.Hari ni terpaksalh pergi keje dgn kereta..aiseymen gaji bulan ni xmasuk lg..kalo hari2 naik kete pokai den,

sementara tggu nk pergi keje sempat jugak aku buat research cara-cara nk jimat petrol..manalah tahu kalo dapat guna duit petrol RM10 henget jer untuk satu bulan,

bnyak-banyk blog yang aku cari ni je yg terbaik..aku nk cubalh

1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.

ok mlm ni tggu kul 3 pagi baru aku p isi..

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

kalo lama sgt, beganglh org blkng yg tunggu nk isi petrol.xpe2 xde org nk marah.rupa gengter macm aku ni xde org brani sound

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.

patutlh minyak aku xjimat.aku isi bila nyala lampu petrol jer..tu betul2 nk habis br aku isi

4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda

patotlh ad kerete yg letak stiker "org gemuk xdibenarkan dalam kereta ini"..oo baru aku phm

5. Periksa tekanan angin tayar anda.

bereh!!!!

6. Kelajuan tidak melebihi 90km/j

alamak..malu kat org kglh kalo aku selaku racing terkemuka di daerah ni bawak selaju tu jer..adehhhh.jimat punye pasal no hallh

7. Penggunaan gear yang betul

kete aku auto da


8. Tutup air-cond

gila apa hujan- hujan tutup aircond

ok dah lah tu... kalo cari byk2 kan xpegi keje lak aku.. ok mulakan hidup baru dgn penjimatan petrol!!!!!!!!!!!!!!